Monday, March 21, 2011

Cotton Rich Tights 0-6 months

Harga Pengenalan: RM 12/ piece (excluding postage fee)

Size : 6- 12 months

Stock info: All available

Harga Biasa: RM 15/piece (excluding postage fee)


Cotton Rich Tights 6-12 months

Harga Pengenalan: RM 12/ piece (excluding postage fee)

Size : 6- 12 months

Stock info: All available

Harga Biasa: RM 15/

piece (excluding postage fee)


Sunday, March 20, 2011

Pengalaman Bersalin


It would be meaningful moment for me, husband and the baby

10 Sept 2010 – 19 Sept 2010

Perut, belakang, pinggang dah rasa sakit masa hari raya. Asyik tido je sbb nak relief pain. Malu jugak kt orang tp nak buat cmne dah sakit. Before balik KL pergi check dekat Pusat Perubatan Intan, KT takut- takut ada opening. Tp Dr kata ok J Tp Dr tu tak best sbb dia tak friendly la…kayu je

20 – 24 Sept 2010

Balik raya aku terus dpt cuti dua minggu yehaaa. Tp aku pergi ofis untuk setelkan yang mane patut. Punya la sakit belakang sbb time tu. En Roshdi suruh rest dekat rumah and dia akan balik time lunch hour. Seminggu before delivery aku perasan keluar mukus yang pekat. Call hospital and misi kata tiada ape. Dia kata kalo keluar air or darah boleh terus datang hospital.

25 Sept 2010

0400 Aku tersedar sbb tiba- tiba rasa basah

0410 Buat derk je dulu sbb tak rasa sakit pun. Tapi air makin banyak keluar lalu mengejutkan suami yang sedang lena tido. Berbincang dgn En Roshdi apakah yang telah berlaku. Mau tido balik sbb pukul 9 nanti ada appointment jugak dgn Dr. Seri. Tapi En Roshdi mendesak untuk trus ke PCMC sbb air dah banyak keluar

0500 Check in labor room. Tak sakit lagi. Husband mula menelefon kaum keluarga. Aku pulak tgh layan discovery channel sambil mengisi form

0530 Misi call Dr Seri kata air ketuban dah banyak keluar. Dr Seri suruh induce sbb aku tak rasa sakit pun.

0600 Pastu kena induce dan bermula la rasa sakit yang amat.

0700 Aku decide nak amik epidural sbb tak tahan sakit yang amat. Since opening baru 3cm maka bolehla amik epidural. Lepas kena epidural aku muntah, habis keluar minyak & air selusuh and air zam- zam. Pastu sakit pn terus hilang dah and Dr suruh rest. Tp aku tak rest pn sbb time penting ni..rugi tido

1030 Tiba-tiba sakit yang amat menyerang. Misi check kata opening dah 8cm. Time ni epidural tak leh membantu dah. Aku kena tahan sendiri. Dos kena slow kan sbb kalo tak rasa sakit aku tak leh nak push. Sakit sangat time ni sampai kan misi tu kena marah ngn aku. En Roshdi suruh aku bersabar and ingat Allah. Tp biasalah kalo dah sakit nak bersabar cmne. Kalo boleh time ni jugak nak beranak tp misi kata xleh sbb baru 8cm. Nak tunggu lagi 2cm tu pny la lame.

1200 Hanya 3 kali push dan Aaffan Rafeef pn lahir…and ayah dia tersengih lebar

P/S: Ingat masa nak push jgn angkat punggung ye..

Friday, March 4, 2011

Sedapnye Dadih Aisy



Saya ada menjual serbuk dadih bagi area KLCC, Wangsa Maju, Setiawangsa, Taman Melawati & Taman Permata. Area lain boleh tapi ada extra caj.

1 pek = RM 8.50 (dapat menghasilkan 30 bekas kecil)
3 pek ke atas dpt lagi murah :)

Ada 13 perisa :Asli, Coklat, Oren, Pandan, Strawberi, Blueberi, Capuccino, Mangga, Vanila, Tembikai Susu, Jagung, Keladi dan Durian tapi yang paling mendapat sambutan Strawberi, Jagung, Coklat & Vanila

Cara penyedian cukup mudah:

Didihkan 2 liter air | Masukan serbuk putih dan kacau sebati| Tutup api| Masukan perasa dan kacau sebati| Masukan ke dlm bekas| Letak dalam peti|

Tunggu dadih sehingga pejal then boleh la makan. Ingat no milk and sugar needed

Dadih ni memang sedap. Tak macam dadih lain yang rasa gula je lebih. Tp yang ni rasa susu dia lemak berkrim.

P/S: Buatan Bumiputera dan yang pasti halal ye


Tuesday, March 1, 2011

Anda ingin badan yang ramping?

Untuk pengetahuan anda sy telah menjadi pengguna Premium Beautiful (PB) sejak 3 tahun yang lepas. Hasilnya cukup memuaskan.


Berat masa kandungan 9 bulan dalam 83 kg. Now sy dah 64 kg. Sekarang ni tgh usaha turun lagi sbb target nak 55 kg.

Buat ibu- ibu yang berpantang, sy rekemen kalo boleh pakai la PB as soon as you deliver ur baby. Sy stat pakai PB bile dah nak abis pantang sbb tu lmbt sket nak achieve target. Tu pun beli baru sbb yang lame ketat yang amat. Tp worth for money la beli yang baru sbb penah rasa hasil dia dulu.

Untuk sesiapa yang berminat boleh la menghubungi kawan sy ye :)

Kak Emma : http://beautiful2u.blogspot.com/
Idayu : http://imidayu.blogspot.com/
Kak Shazrah : http://blueskiesandpinkblankets.blogspot.com/

Sy pakai PB hari-hari from 7am-7pm tp kena ingat.. jgn reti pakai je tp makan tak reti jaga. Nanti sy cite lagi bila berat da 60kg.


P/S: Saya bukan pengedar tapi pengguna setia. Tak mampu nak jadi pengedar :( . Edar maklumat bolehla hehe

Tuesday, February 1, 2011

Jom berbisness

Ingat nak buat bisness la isi masa lapang..jual kat ofis + jual online..stock dah ada

1. Kain cotton
2. Shawl
3. Tudung
4. Serbuk Dadih
5. Baju baby
6. Tupperware

P/S: Start small but fast :P

Ibu saya tak nak susu formula..saya nak susu ibu yang manis dan berkhasiat dan free lagi

Anak saya Aaffan Rafeef Mohd Roshdi lahir pada 25/9/2010, tarikh dimana suami saya datang meminang saya setahun yang lalu. Sejam dilahirkan baby terus menyusu badan sampai la ke hari ini and insyaaAllah sehingga 2 tahun. Tapi kalau boleh once baby keluar terus lekapkan mulut dia ke payudara untuk stimulation (yang ni saya tak buat..rugi la pulak rasenye).


Buat bakal ibu serta ibu-ibu saya ingin share something melalui pengalaman pertama saya dalam penyusuan badan:

1. Tanamkan azam mahu menyusu badan. Para suami please support isteri anda. Saya bertuah sbb suami dah bagi support since 1st day dapat tahu yang saya pregnant.

2. Once baby lahir terus menyusu badan. Jangan fikir susu tak ada then terus bagi formula milk. Alasan tak urut lagi la semua itu kurang tepat . Baby anda adalah ‘medium’ utk penghasilan susu. If tak ada stimulation from baby macam mane susu nak kuar. Mostly penyusuan susu badan tidak menjadi sbb ibu mudah give up dek alasan susu tidak keluar and kesian baby lapar. If tak pandai nak menyusu minta nurse ajarkan.

3. Jangan malas bagi susu badan. Ada segelintir ibu yang ada susu tapi lebih suka menggunakan formula milk. Alasan malas nak perah la, nak kena beku la, nak kena cairkan la. Bagi saya penyusuan susu ibu sungguh mudah.Tak perlu bawa bekal susu formula dan air panas, tak perlu sukat air. Semuanya sudah tersedia. Selak dan bagi je hehehe.. Ingat anda kena RAJIN & BERMOTIVASI.

4. Jika anda bekerja, adalah WAJIB untuk anda mendapatkan breastpump. Belilah mengikut keselesaan anda. Saya memilih jenis elektrik- Medela FS kerana lebih efisyen berbanding manual. Terpulang pada individu.

5. Menyusu anak menggunakan kedua belah payudara. Jangan jadi macam saya. Pada awalnya saya menyusu sebelah kanan je, kerana masalah inverted nipple. Masalah inverted nipple boleh diatasi, susu je anak anda tu..lama-lama okla. Kesan jika menggunakan sebelah payudara sahaja, production susu kurang dan size payudara tak same (satu besar, satu lagi kecik aiyoo).

6.Buat stok seawal mungkin…set target dalam pantang satu hari 20oz or lebih. Jangan jadi macam saya lagi..seminggu nak kerja baru nak buat stok..tengok hasil pun sikit..pastu terus saya ambil Shaklee Trial Pack Set B + ESP. Mujur azam saya kuat, saya pump setiap 2 jam. Nape saya tak buat stok dlm pantang?? Sbb kurangya ilmu penyusuan, saya tak tahu cara nak transport susu from Kelantan to KL..now saya dah tahu hehe.

7.Yakin susu ada. Time anak di bawah jagaan ibu saya after pantang, baby hanya minum 12oz from 7am-6pm. Tu pn jenuh nak kumpul sbb sebelah kanan je yang ada production. Tapi bila anak start masuk taska mase umur 2 bulan 2 minggu, baby minum 26oz from 7am-6. Ingat lagi first day anak di taska saya kena ke sana time lunch untuk tambah stok. Bayangkan saya kena tambah extra 14oz, tapi saya yakin akan konsep supply and demand. Nak dapatkan 26oz memang kena kerap pump. Hasilnye saya mampu membekalkan anak saya dengan susu ibu plus dpt simpan stok lagi setiap hari.

8.Pump la setiap 2-3 jam. Di ofis saya pump di workstation. Itu je tempat yang boleh mebuatkan saya tidak menangguh time mengepam saya. At least sambil saya mengepam sambil saya buat kerja..tup2 dah penuh botol..dpt la 9oz sekali pump (kanan 8oz kiri 1oz).

9.Jadikan breastpump teman baik anda. Bawak bersama ketika berjalan-jalan atau pulang ke kampung. At least dapat buat stok. Dalam kereta jangan lupa perah ye.

10.Minum air 3 liter sehari…WAJIB..saya akui saya control makan untuk loss weight. Tapi production susu saya tidak pernah terjejas sebab saya akan pastikan minum air masak. Saya juga megambil Lechithin untuk membantu dlm proses penurunan berat badan saya. Ingat menyusu juga boleh membantu ibu mendapatkan tubuh pre-pregnancy.

11. Kalau anda berkemampuan, beli la makanan tambahan untuk diri anda serta baby. Saya mengamalkan Shaklee Trial Pack SET B, Vitamin E dan ESP. Hasil seperti gambar di bawah. Belah kiri 6 jam after consume vitamin and ESP manakala belah kanan bila saya tidak mengambil vitamin dan ESP selama seminggu. (Time bekalan vitamin habis).



Sebelum membeli Shaklee Trial Pack SET B, Vitamin E, ESP and Lecithin, saya menceritkan masalah kepada Kak Hasmah dan mendapatkan nasihat dari beliau. At least saya berusaha untuk mencuba, biarlah habis duit sikit dari biarkan anak kita minum susu formula plus ibu sihat and ayah happy.

Ada ibu yang sudah mencuba pelbagai cara untuk menyuskan anak namun masih tidak berjaya. Setiap orang ada rezeki masing-masing at least kita sebagai manusia sudah berusaha, doa dan tawakal untuk yang terbaik.

P/S: ESP+ Susu Segar + Nestum = Sedap yang amat.