Tuesday, February 1, 2011

Ibu saya tak nak susu formula..saya nak susu ibu yang manis dan berkhasiat dan free lagi

Anak saya Aaffan Rafeef Mohd Roshdi lahir pada 25/9/2010, tarikh dimana suami saya datang meminang saya setahun yang lalu. Sejam dilahirkan baby terus menyusu badan sampai la ke hari ini and insyaaAllah sehingga 2 tahun. Tapi kalau boleh once baby keluar terus lekapkan mulut dia ke payudara untuk stimulation (yang ni saya tak buat..rugi la pulak rasenye).


Buat bakal ibu serta ibu-ibu saya ingin share something melalui pengalaman pertama saya dalam penyusuan badan:

1. Tanamkan azam mahu menyusu badan. Para suami please support isteri anda. Saya bertuah sbb suami dah bagi support since 1st day dapat tahu yang saya pregnant.

2. Once baby lahir terus menyusu badan. Jangan fikir susu tak ada then terus bagi formula milk. Alasan tak urut lagi la semua itu kurang tepat . Baby anda adalah ‘medium’ utk penghasilan susu. If tak ada stimulation from baby macam mane susu nak kuar. Mostly penyusuan susu badan tidak menjadi sbb ibu mudah give up dek alasan susu tidak keluar and kesian baby lapar. If tak pandai nak menyusu minta nurse ajarkan.

3. Jangan malas bagi susu badan. Ada segelintir ibu yang ada susu tapi lebih suka menggunakan formula milk. Alasan malas nak perah la, nak kena beku la, nak kena cairkan la. Bagi saya penyusuan susu ibu sungguh mudah.Tak perlu bawa bekal susu formula dan air panas, tak perlu sukat air. Semuanya sudah tersedia. Selak dan bagi je hehehe.. Ingat anda kena RAJIN & BERMOTIVASI.

4. Jika anda bekerja, adalah WAJIB untuk anda mendapatkan breastpump. Belilah mengikut keselesaan anda. Saya memilih jenis elektrik- Medela FS kerana lebih efisyen berbanding manual. Terpulang pada individu.

5. Menyusu anak menggunakan kedua belah payudara. Jangan jadi macam saya. Pada awalnya saya menyusu sebelah kanan je, kerana masalah inverted nipple. Masalah inverted nipple boleh diatasi, susu je anak anda tu..lama-lama okla. Kesan jika menggunakan sebelah payudara sahaja, production susu kurang dan size payudara tak same (satu besar, satu lagi kecik aiyoo).

6.Buat stok seawal mungkin…set target dalam pantang satu hari 20oz or lebih. Jangan jadi macam saya lagi..seminggu nak kerja baru nak buat stok..tengok hasil pun sikit..pastu terus saya ambil Shaklee Trial Pack Set B + ESP. Mujur azam saya kuat, saya pump setiap 2 jam. Nape saya tak buat stok dlm pantang?? Sbb kurangya ilmu penyusuan, saya tak tahu cara nak transport susu from Kelantan to KL..now saya dah tahu hehe.

7.Yakin susu ada. Time anak di bawah jagaan ibu saya after pantang, baby hanya minum 12oz from 7am-6pm. Tu pn jenuh nak kumpul sbb sebelah kanan je yang ada production. Tapi bila anak start masuk taska mase umur 2 bulan 2 minggu, baby minum 26oz from 7am-6. Ingat lagi first day anak di taska saya kena ke sana time lunch untuk tambah stok. Bayangkan saya kena tambah extra 14oz, tapi saya yakin akan konsep supply and demand. Nak dapatkan 26oz memang kena kerap pump. Hasilnye saya mampu membekalkan anak saya dengan susu ibu plus dpt simpan stok lagi setiap hari.

8.Pump la setiap 2-3 jam. Di ofis saya pump di workstation. Itu je tempat yang boleh mebuatkan saya tidak menangguh time mengepam saya. At least sambil saya mengepam sambil saya buat kerja..tup2 dah penuh botol..dpt la 9oz sekali pump (kanan 8oz kiri 1oz).

9.Jadikan breastpump teman baik anda. Bawak bersama ketika berjalan-jalan atau pulang ke kampung. At least dapat buat stok. Dalam kereta jangan lupa perah ye.

10.Minum air 3 liter sehari…WAJIB..saya akui saya control makan untuk loss weight. Tapi production susu saya tidak pernah terjejas sebab saya akan pastikan minum air masak. Saya juga megambil Lechithin untuk membantu dlm proses penurunan berat badan saya. Ingat menyusu juga boleh membantu ibu mendapatkan tubuh pre-pregnancy.

11. Kalau anda berkemampuan, beli la makanan tambahan untuk diri anda serta baby. Saya mengamalkan Shaklee Trial Pack SET B, Vitamin E dan ESP. Hasil seperti gambar di bawah. Belah kiri 6 jam after consume vitamin and ESP manakala belah kanan bila saya tidak mengambil vitamin dan ESP selama seminggu. (Time bekalan vitamin habis).



Sebelum membeli Shaklee Trial Pack SET B, Vitamin E, ESP and Lecithin, saya menceritkan masalah kepada Kak Hasmah dan mendapatkan nasihat dari beliau. At least saya berusaha untuk mencuba, biarlah habis duit sikit dari biarkan anak kita minum susu formula plus ibu sihat and ayah happy.

Ada ibu yang sudah mencuba pelbagai cara untuk menyuskan anak namun masih tidak berjaya. Setiap orang ada rezeki masing-masing at least kita sebagai manusia sudah berusaha, doa dan tawakal untuk yang terbaik.

P/S: ESP+ Susu Segar + Nestum = Sedap yang amat.

No comments:

Post a Comment

orang komen